empty
 
 

On Balance Volume - OBV: penerangan, pelarasan dan permohonan

Indikator teknikal Balance Volume (OBV) merupakan indikator teknikal yang mengaitkan jumlah kepada perubahan harga. Indikator ini diperkenalkan oleh Joseph Granville, OBV dianggap sebagai indikator yang agak mudah. Jika penutupan harga pada bar semasa adalah lebih tinggi daripada penutupan harga yang sebelumnya, jumlah pada bar semasa akan ditambah kepada jumlah sebelumnya pada OBVl; jika penutupan harga pada bar semasa adalah lebih rendah daripada penutupan harga sebelumnya, jumlah semasa ditolak daripada jumlah sebelumnya pada baki.

Analisis pada Balance Volume adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa perubahan OBV mendahului perubahan harga. Menurut kepada prinsip ini baki jumlah kenaikkan menandakan bahawa para profesional melabur ke dalam instrumen tersebut. Kemudian lebih banyak pedagang lain yang akan melabur, On Balance Volume memulakan pertumbuhan yang mendadak.

Jika harga mendahului pergerakkan OBV, "satu bentuk bukan pengesahan" telah pun berlaku. Bukan pengesahan boleh berlaku pada waktu tahap tinggi pasaran kenaikkan (apabila harga meningkat tanpa pertumbuhan OBV atau mendahuluinya) atau didalam tahap renah pada pasaran penurunan (apabila harga mula menurun dan On Balance Volume tidak berkurang atau mendahuluinya).

OBV adalah aliran kenaikkan yang apabila setiap tahap tinggi yang baru adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya dan setiap palung yang baru adalah lebih rendah daripada palung yang sebelumnya. Cara yang sama, aliran penurunan OBV seharusnya merupakan kejayaan penurunan pada tahap tinggi dan palung. Apabila OBV bergerak pada arah tepi dan tidak berjaya melakukan tahap tinggi dan tahap rendah, ianya merupakan petanda bahawa pergerakkan tidak dapat dipastikan.

Jika aliran berhenti ianya akan kekal didalam posisi yang sama sehingga penembusan berlaku. Penembusan aliran mungkin terjadi didalam dua sifat: apabila perubahan berubah daripada aliran menaik kepada aliran penurunan atau sebaliknya: daripada aliran penurunan kepada aliran kenaikkan.

Didalam hal lain OBV tidak dapat dipastikan dan kekal tidak dipastikan bagi waktu lebih daripada 3 tempoh. Maka, jika aliran menaik berubah kepada yang tidak dapat ditentukan dan kekal tidak ditentukan bagi waktu hanya dua hari dan kemudian berubah semula kepada aliran kenaikkan, On Balance Volume dianggap sebagai aliran kenaikkan semua semua tempoh ini.

Apabila aliran OBV mengubah arahnya kepada menaik atau aliran menurun, satu "penembusan" akan berlaku. Penembusan OBV kebiasaanya akan memberikan amarah mengenai penembusan harga dan pelabur perlu menahan posisi beli jika OBV melakukan penembusan ke arah atas dan jual jika BVI ditembusi ke arah bawah. Posisi yang dibuka perlu dibuka sehingga aliran berubah.

Pengiraan

Jika penutupan hari ini adalah lebih besar daripada penutupan semasa maka: OBV(i) = OBV(i-1)+VOLUME(i)
Jika penutupan hari ini adalah kurang daripada penutupan semalam maka: OBV(i) = OBV(i-1)-VOLUME(i)
Jika penutupan hari ini adalah bersamaan kepada penutupan semalam maka: OBV(i) = OBV(i-1)
Dimana:
OBV(i) - merupakan nilai indikator pada tempoh semasa;
OBV(i-1) - merupakan nilai indikator pada tempoh sebelumnya;
VOLUME(i) - merupakan jumlah pada bar semasa.

   Kembali kepada senarai indikator   
Kembali kepada senarai indikator
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.