empty
 
 

Market Facilitation Index - BW MFI: penerangan, pelarasan dan permohonan

Teknikal indikator Market Facilitation Index, BW MFI menunjukkan turun naik harga pada satu pergerakkan. Nilai sebenar pad aindikator tidak membawa apa-apa maksud, hanya perubahannya yang memberikan maksud tertentu. Bill William yang dilampirkan merujuk kepada kepentingan pada perubahan pada indikator dan jumlah:

Indicator Market Facilitation Index dan jumlah telah meningkat, ianya menandakan bahawa: a) ramai pedagang telah masuk ke dalam pasaran (jumlah sedang meningkat); b) pedagang yang baru masuk terus membuka posisi dengan arah bar yang sedang bergerak, iaitu pergerakkan telah pun bermula.

Indicator Market Facilitation Index dan jumlah telah pun berkurang. Ianya menunjukkan bahawa minat pedagang telah pun mula hilang.

Indicator Market Facilitation Index telah meningkat, tetapi jumlahnya telah pun berkurang. Pasaran tidak disokong oleh jumlah daripada arah pedagang, dan harga sedang berubah arah disebabkan kepada spekulasi pada pedagang "yang terbabit" (broker pertengahan dan pengedar).

Indicator Market Facilitation Index telah pun berkurang tetapi jumlah telah pun bertambah. Kenaikkan serta penurunan sedang berusaha diikuti oleh jumlah yang besar pada jualan dan belian tetapi harga turun naik dengan tidak ketaraha kerana kekuatan yang hampir sama. Satu daripada dua kuasa yang bertentangan (pembeli berbanding penjual) akan menang. Kebiasannya penembusan pada bar memberikan petanda samada bar ini akan menentukan penyambungan pada pergerakkan atau pergerakkan adalah dibatalkan olehnya. Bill Williams memanggil bar ini sebagai "curtsying".

Pengiraan

Untuk mengira Market Facilitation Index anda perlu untuk menolak harga bar terendah daripada harga bar tertinggi dan bahagikannya dengan jumlah.

BW MFI = RANGE*(HIGH-LOW)/VOLUME

Dimana:

RANGE - merupakan faktor pendaraban, yang membawa kepad perbezaan didalam penurunan mata kepada keseluruhan nombor.

   Kembali kepada senarai indikator   
Kembali kepada senarai indikator
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.